TAKWIM WRAFC 2026

Bil Takwim
a)
Bagi U18 WRAFC akan menghantar satu pasukan ke Liga KL.
b)
Akan menyertai MAXIM ELITE CUP PENANG
c)
Menyertai Liga SUPARIMAU SEASON B
d)
Menyertai mana-mana liga-liga yang dianjurkan oleh mana pihak.

Objektif

Bil Objektif
a)
Untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti y a n g berkaitan dengan sukan bola sepak di kalangan ahli-ahli.
b)
Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan bola sepak di peringkat kelab
c)
Untuk memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan bola sepak
d)
Untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat daerah.

Fungsi

Bil Fungsi
a)
Bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan mengurus sukan bola sepak di peringkat kelab
b)
Mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan bola sepak di kalangan ahli-ahli dan ahli masyarakat setempat
c)
Mengendali kursus dan latihan di kalangan ahli-ahli
d)
Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan bola sepak diperingkat kelab. Bagi penganjuran di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa kelab hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola / perwakilan
e)
Menyelesaikan isu-isu dan konflik dalaman yang melibatkan ahli
f)
Mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelolanya / perwakilan dan persatuan-persatuan sukan atau agensi yang lain
g)
Memastikan prosedur pemilihan bagi mewakili kelab ke pertandingan-pertandingkan yang disertai adalah terbuka dan adil
h)
Memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya
i)
Memastikan perlembagaan dan peraturan kelab dipatuhi dan dikuti oleh semua ahli
j)
Memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan
k)
Memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan Kelab tidak bercanggah dengan undang-undang negara
l)
Memastikan semua keuntungan yang diperolehi oleh Kelab melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan s e m a l a – m a l a untuk meningkatkan, memajukan d a n menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja Kelab ini. Kelab juga boleh menubuhkan syarikat perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Kelab
m)
Memastikan kod sukan selamat dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua ahli

Lokasi Kami