KELAB BOLA SEPAK

WRAFC

PANDAN MEWAH, AMPANG 

SELANGOR

Tentang Kami


AKADEMI BOLA SEPAK PEMBANGUNAN

Pasukan bola sepak Warga Riadah Ampang (WRA FC) telah ditubuhkan sejak tahun 2018 yang ditadbir oleh Kelab Warga Riadah Ampang, Selangor. WRA FC terdiri daripada pasukan kanak-kanak dari umur 7 tahun hingga 18 dan juga pasukan veteran. Setiap pasukan mendapat latihan daripada jurulatih-jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman dan diantaranya mempunyai Lesen Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM.

Kelab Bola Sepak WRAFC telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia C-SGR-15553.

Sesi Latihan Bulan Ramadhan : 10.15 malam hingga 12.00pagi (Jumaat dan Sabtu)

25 Januari 2026

Debut

MAKLUMAN

WRAFC SAH MENYERTAI LIGA PBKL PRIMIER 2

Facebook

Tahniah buat Muhammad Khaleeq Adam B Azli Syam atas kejayaan mewakili Kuala Lumpur Football Association (KLFA) ke Liga Remaja Kebangsaan 2026 di AMD, Gambang Pahang kelak. Beliau merupakan produk WRA Fc dan telah mula berlatih dan mewakili kelab sejak berusia 8 tahun lagi. Tahniah kepada barisan kejurulatihan yang berjaya mencungkil bakat beliau. Semoga peluang ini menjadi langkah besar untuk terus maju dalam dunia bola sepak. Teruskan berusaha, berdisiplin dan berikan yang terbaik dalam setiap latihan dan perlawanan. Semoga berjaya mencipta lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama keluarga serta pasukan. Terus melangkah tinggi!!! Kami dari barisan Pengurusan dan Jurulatih berbangga dengan pencapaian Adam. Moga menjadi contoh untuk pemain-pemain lain untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi. #trusttheprocess #wrafc

SELANGKAH LAGI MENUJU...

Sesi Memulas Memerah Memecah Menekan Melenyek Player WRAFC U18

Time.. its coming.. tik tok tik tok tik tok.

Instagram